BLOG INI CUMA TEMPAT LUAHAN HATI AKU

18 Nov 2020

Jatuh dan Bangkit (Part 2)

 Assalamualaikum.


   Seminggu weh aku tak makan apa. Just minum air je buat alas perut. No! Bukan aku suka suka taknak makan. Tapi aku memang tak lalu nak makan. Badan jangan cakaplah. Dah sampai tahap kurus tu sampai nampak tulang pinggang. Memang berat badan susut teruk. Mak aku lah orang paling risau sekali.



   Tengoklah, punya kurus teruknya aku time depressed. Seluar pun longgar. Hahaha. Seriusly, jangan pandang rendah dengan orang yang depression sebab broken. Boleh jadi mental tau. Time ni pun keluar dengan Maz nak release tension punya pasal. Memang time ni dah start nak happy happy kan diri.

   Tapi, alhamdulillah, dalam seminggu aku jadi macam tu, hari hari berdoa dekat Allah supaya hilangkan rasa kemurungan dalam diri. So, berkat dekatkan diri dengan Allah, hidup rasa makin bahagia. Hati makin baik dari sebelum. Sikit demi sedikit dah boleh terima dan ikhlaskan yang pergi. Tapi, bukan 100% juga. Kadang kadang, secara tiba tiba timbul rasa sedih dalam diri, malam tiba tiba menangis. Mana mungkin boleh lupa apa dia buat. Dia tikam aku hidup hidup. Aku masih rasa sampai sekarang sakit ditikam :')

   So makin hari hidup aku alhamdulillah makin rasa tenang, bahagia. Aku bebas nak bergaul, berkawan dengan sesiapa pun. Setiap hari keluar pergi berjalan, asal tak duduk merap dalam bilik. Kalau duduk dalam bilik memang tak jadi. Aku jadi macam stress gila and then akan teringat ingat benda yang sakit.

   Setiap hari keluar spend time dengan member. Memang tak lekat pun dekat rumah. Jadi, buat masa ni aku tak ada fikir lagi nak bercinta ke apa. Aku tak tahu, tapi aku betul betul rasa trauma. Aku takut nak mula dari bawah balik. Aku takut bila orang tu dah senang, aku kena campak lagi macam sampah.

   Sekarang hidup pun asyik makan je. Bila lapar memang makan, bila tengah bosan tak tahu nak buat apa cari makanan jugak, hahaha. Berbeza la dengan Izzati yang dulu time depression 😂 Sekarang ramai yang tegur aku makin gemmmm ... Ye, bahagia sangat la tu. Haha.


   So ya, lihatlah aku yang sekarang! Selepas 3 bulan break, hahaha, mana orang tak kata aku makin bahagia. Berat pun naik mendadak. Syukur la, aku bangga aku boleh bangkit dari jatuh. Hahaha elok je hidup tanpa dia, tak ada mati nya pun 😂

No comments: