BLOG INI CUMA TEMPAT LUAHAN HATI AKU

24 Jun 2020

Kekuatan

Assalamualaikum.

   Dalam satu hari, aku mula mencari kekuatan dalam hidup aku. Aku cuba bangkit dari segala kesedihan yang aku alami selama ni. Hati yang hancur terhadap manusia yang berada disekeliling aku sendiri. Aku mula janji dengan diri aku untuk tidak cari lagi manusia bila aku bersedih. Dalam aku mencari kekuatan, aku rasa aku tak mampu nak teruskan cari kekuatan, aku tak mampu nak bangun seorang diri tanpa sesiapa.

   Setiap kali perasaan sedih dan rasa sakit dekat hati aku muncul, aku rasa nak meraung. Aku tak boleh nak bagitahu terlampau sakit tu macam mana. Setiap kali perasaan macam tu muncul, aku akan pandang notes yang aku dah tampal dekat pintu. Notes yang aku sendiri berjanji dengan diri sendiri.

   Aku rasa sakitnya bila mengadu dekat Allah. Mengadu apa yang terbuku dalam hati, sebab aku dah tak mampu untuk luah dekat manusia. Setiap kali solat, paling aku tak sabar berdoa dekat Tuhan lepas solat. Aku rasa dekat hati aku yang Dia dengar luahan hambaNya. Setiap kali solat aku berdoa benda yang sama. Semakin hari, hati aku rasa semakin ringan. Aku terasa beban semakin kurang. 

   Semoga aku sentiasa kuat. Aku yakin dengan apa yang perlu aku hadap sekarang akan muncul nya pelangi selepas kita tempuh sesuatu. Sering kali aku bertanya, "adakah ini usaha aku yang terakhir? Adakah aku akan putus asa?" Aku masih tidak tahu jawapan.

   Jujur dari hati, buka buku baru dalam hidup bukan mudah. Cukup untuk aku katakan sekarang aku rasa terseksa. Tak pernah aku rasa sesakit ini seumur hidup aku. Aku tergapai seorang diri mencari jawapan. "Tuhan, aku merayu. Sembuhkan hati aku seperti sediakala". In Shaa Allah, Allah itu Maha Pendengar. Dia akan tolong, tapi bukan sekarang. "Satu Hari Nanti. Sabar".

18 Jun 2020

Assalamualaikum.

Aku taktahu apa yang menghasut diri aku. Aku perasan, lately ni aku rasa perasaan aku gelisah, gundah dengan relationship aku. Aku rasa dia lain, aku rasa dia cuba untuk jauhkan diri. Aku semakin rasa nak tahu setiap apa yang dia buat. Aku rasa diri aku bukan Izzati yang dulu. Izzati yang sabar, tabah, yang redha, hati yang mudah lembut bila marah.

   "Ya Allah, andai ini jodoh kami, dekatkanlah, jika tidak jauhkanlah kami"

   Aku tak pernah sayang seseorang sampai tahap macam ni. Banyak kali aku tanya diri aku, "kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku rasa aku takboleh nak hidup kalau dia tak ada?" Lately ni juga aku perasan, aku macam banyak kongkong dia, jadi semua benda serba tak kena. Fikiran aku asyik menghasut, aku gelisah kalau dia buat benda bukan bukan. Faham tak apa aku rasa? Especially bab curang. Cukup aku takut. Aku jadikan dia sebagai peneman hidup aku. Yang ada waktu aku gembira dan sedih. Tapi itu dulu :') Aku dah tak mampu jadi macam dulu. Aku rasa hidup aku kosong sekarang. Aku rasa sunyi.

   Aku nak jadi Izzati yang dulu. Itu je yang aku mintak. Aku rasa tak kuat sekarang :') Aku rasa jatuh tersungkur. Aku tahu, aku ni bukan siapa siapa untuk manusia rasa takut hilang aku. Tapi, doakan aku supaya kuat macam dulu. Semakin sedikit aku cuba ubah diri aku. Aku harap satu hari nanti segala apa yang aku nak aku dapat :') Doakan aku.
Assalamualaikum.

Sedih yang takboleh aku nak ungkap. Pendam yang aku rasa sudah limit untuk aku simpan. Aku ni siapa bagi diorang semua? Sampai bila aku nak tadah muka aku untuk benda yang aku tak salah? Cukup untuk aku cakap, dunia yang sangat letih. Aku sangat letih. Aku minta pada Allah supaya bagi aku kepuasaan untuk rehat dari segala masalah yang datang pada diri aku :')

   Aku takboleh, aku dah tak mampu nak tahan air mata. Hati aku cukup sakit. Aku menjerit sepuas hati aku tanda aku dah tak mampu pendam apa yang manusia buat terhadap hati dan perasaan aku. Ya Allah, kuatkan aku. Sabarkan aku dalam menghadapi ujianMu :')