BLOG INI CUMA TEMPAT LUAHAN HATI AKU

18 Nov 2020

Jatuh dan Bangkit (Part 2)

 Assalamualaikum.


   Seminggu weh aku tak makan apa. Just minum air je buat alas perut. No! Bukan aku suka suka taknak makan. Tapi aku memang tak lalu nak makan. Badan jangan cakaplah. Dah sampai tahap kurus tu sampai nampak tulang pinggang. Memang berat badan susut teruk. Mak aku lah orang paling risau sekali.



   Tengoklah, punya kurus teruknya aku time depressed. Seluar pun longgar. Hahaha. Seriusly, jangan pandang rendah dengan orang yang depression sebab broken. Boleh jadi mental tau. Time ni pun keluar dengan Maz nak release tension punya pasal. Memang time ni dah start nak happy happy kan diri.

   Tapi, alhamdulillah, dalam seminggu aku jadi macam tu, hari hari berdoa dekat Allah supaya hilangkan rasa kemurungan dalam diri. So, berkat dekatkan diri dengan Allah, hidup rasa makin bahagia. Hati makin baik dari sebelum. Sikit demi sedikit dah boleh terima dan ikhlaskan yang pergi. Tapi, bukan 100% juga. Kadang kadang, secara tiba tiba timbul rasa sedih dalam diri, malam tiba tiba menangis. Mana mungkin boleh lupa apa dia buat. Dia tikam aku hidup hidup. Aku masih rasa sampai sekarang sakit ditikam :')

   So makin hari hidup aku alhamdulillah makin rasa tenang, bahagia. Aku bebas nak bergaul, berkawan dengan sesiapa pun. Setiap hari keluar pergi berjalan, asal tak duduk merap dalam bilik. Kalau duduk dalam bilik memang tak jadi. Aku jadi macam stress gila and then akan teringat ingat benda yang sakit.

   Setiap hari keluar spend time dengan member. Memang tak lekat pun dekat rumah. Jadi, buat masa ni aku tak ada fikir lagi nak bercinta ke apa. Aku tak tahu, tapi aku betul betul rasa trauma. Aku takut nak mula dari bawah balik. Aku takut bila orang tu dah senang, aku kena campak lagi macam sampah.

   Sekarang hidup pun asyik makan je. Bila lapar memang makan, bila tengah bosan tak tahu nak buat apa cari makanan jugak, hahaha. Berbeza la dengan Izzati yang dulu time depression 😂 Sekarang ramai yang tegur aku makin gemmmm ... Ye, bahagia sangat la tu. Haha.


   So ya, lihatlah aku yang sekarang! Selepas 3 bulan break, hahaha, mana orang tak kata aku makin bahagia. Berat pun naik mendadak. Syukur la, aku bangga aku boleh bangkit dari jatuh. Hahaha elok je hidup tanpa dia, tak ada mati nya pun 😂

17 Nov 2020

Jatuh dan Bangkit (Part 1)

Assalamualaikum.


Dah lama tak update blog. Menyepikan diri.


   Actually aku taktahu nak start luah macam mana. But .. ya something yang aku tak pernah jangka dan tak pernah aku mintak untuk benda ni jadi. Haha, tiba tiba senyum sinis sorang sorang. Sebab, bila ingat balik ... kuat juga aku hadap semua ni. 3 bulan dah rupanya.


   Aku taktahu nak story macam mana sebenarnya. Just topik utama aku, "aku jatuh". Kau boleh imagine tak keadaan diri kau bila kau dapat tahu orang yang paling kau percaya, paling kau sayang, paling kau rasa kau tak sanggup hilang dia "curang" dengan kau? Jujur, at first aku jadi depressed teruk. 5 tahun tau. 5 tahun aku pertahankan relationship aku dengan dia. Aku taktahu kenapa but ya, sekarang aku mengaku aku betul betul bodoh sangat sebab "setia" dengan orang yang salah. You know what? Aku ada dengan dia since dia tak ada apa apa. I mean dari dia susah, dari dia dekat bawah. Tapi, bila dia dah senang, aku cukup tak faham, mudah betul dia buang aku. Sumpah dia tolak aku sampai aku rasa aku fikir aku dah tak mampu nak bangkit untuk mula dari bawah. Kejam.


   So, untuk first day aku dapat tahu dia curang tu, Demi Allah aku betul betul takuat. Aku rasa aku hilang diri aku sendiri. Meraung, menangis, menjerit sebab sakit yang tak tertanggung. Awal Muharram tau :') And then aku just update dekat ig satu ayat je "aku bodoh setia dari jauh". Tiba tiba bertalu talu dm, whatsapps masuk. Terkejut juga. Maybe ada je yang tahu dia curang, tapi diorang taktahu macam mana nak bagi hint dekat aku.


   Ohh ya, macam mana aku dapat tahu dia curang? Sakit ye benda ni :') Hahaha takpa lah, aku cerita juga. Actually aku perasan je dia banyak sangat berubah. Bukan sikit sikit tau. Bayangkan lah setiap malam aku tunggu dia call aku, dah macam tunggul, kadang sampai pukul 4 pagi tau aku tak tidur. Padahal dia online je. Contact name aku kat fon dia pun dah tukar. Aku taktahu lah nak explain macam mana. So, satu hari ni aku decide nak gerak Ipoh senyap senyap. Aku nak tengok apa dia buat :') Haha, you know what? Dia pergi dating weh dengan perempuan lain. Betapa hancur nya hati aku time tu. Lepas aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, aku balik Selangor terus. Menangis sepanjang balik tu. Kenapa aku tak serang? Aku nak tahu dan tengok sampai bila dia nak berlakon dengan aku :') So, one day ni dia betul betul mintak break dengan aku. Sumpah lah, dia memang tak ada hati perut. Dia tak ingat siapa yang ada dengan dia dari bawah, siapa yang tolong dia sampai dia berjaya naik atas pentas ambil sijil diploma :') Taktahu lah, kalau nak cerita semuanya terlalu banyak aku habiskan masa untuk dahulu kan dia.

   Lepas beberapa hari break tu, sengaja aku mintak dia jujur pasal dia curang. At first dia taknak cakap tau. So, lepas aku dah ugut aku nak gerak Ipoh terus dia mengaku yang dia curang. Semudah tu dia mengaku. Aku betul betul tak faham. Allah je tahu betapa luluh, hancurnya hati aku. Aku struggle cari duit untuk kahwin, buat sampai 2-3 kerja, tak tidur sampai pukul 5.30 pagi sebab nak siapkan order. Tapi dia? Tengah On the call dengan orang lain :') Malam tu memang ... entahlah weh, aku taktahu nak explain hancur hati aku macam mana. Aku jadi tak tentu arah, menjerit, meraung, menangis.


   Esoknya masih sama. Bangun tidur terus menangis. Demi Allah aku betul betul tak kuat. Aku fikir, macam mana aku nak mulakan hidup aku balik? Aku sampai call mama suruh balik sebab aku betul betul rasa aku macam lost, tak ada siapa siapa. Mama pun sampai suruh aku istighfar, ambik wudhu' semua. Hahaha, sumpah la mental betul betul down.Tengahari tu Fasya call aku, bawak aku keluar makan. Mata jangan cakap lah, nak buta dah aku rasa. Petang mama balik terus cari aku dulu. Dia terus peluk aku. Ya Allah, ibu mana je yang sanggup tengok anak dia dalam keadaan separuh tak waras. Depression yang melampau.


   Aku buntu gila. Taktahu nak buat apa. Mama bagi kunci kereta, "pergilah sejauh mana yang mampu. Tenangkan hati, tenangkan diri, tenangkan fikiran. Tapi, sentiasa ingat Allah kalau rasa hampir nak buat benda bukan bukan." Time tu tak fikir apa. Packing baju. Barang barang yang pernah dia bagi semua nya aku masukkan dalam satu kotak. Takde satu pun yang tinggal. And then aku terus gerak. Tanpa hala tuju. Aku taktahu nak pergi mana.







      
   Aku bukan nak mintak simpati dari sesiapa. Cuma aku rasa tak kuat untuk hadap apa yang aku lalui time ni :) Alhamdulillah, terkejut juga. Sepanjang drive pergi membawa diri, notification non stop bunyi. Bila check, rupanya dm ig, whatsapps bertalu talu masuk :') Ya Allah, masih ramai lagi yang sayang aku. Drive pun memang takde hala tuju. Tahu tahu sampai dekat Kuala Terengganu, Fuhhh. Gila en? Sepanjang drive tu memang menangis non stop. Mata pun dah rasa kabur, sakit semua ada. 

   Sampai je kat Kuala Terengganu, terus cari chalet area pantai. Senang. Bila tension tu datang terus berlari pergi tepi pantai. Hahaha. 3 hari 2 malam dekat situ. Nak kata aku dah okay 100% tu memang tak la. Tapi okay la.

   Ahad tu terus gerak balik Pahang. Singgah kampung dulu, sebab family aku semua balik sana sekejap. Barang yang aku masukkan dalam kotak tu aku tinggalkan je kat kampung. Takde la balik rumah nanti asyik nak terkenang je. Hahaha tapi macam bodoh pun ada juga, buat apa nak ingat orang yang buat kita macam sampah?

   Baru faham rasa depression sebab broken relationship tu macam mana. Rasa tak lalu makan, selera tu tak ada. Lapar tu ada. Tapi bila nak makan rasa tak lalu masuk dalam tekak. Boleh aku kata kan diri aku sendiri memang tak terurus lah. Termenung .. Pastu kejap kejap tengok handphone.  Mak aku siap masak lauk ketam, kerang. Benda memang sedap, tapi taktahu kenapa tak lalu nak masuk dalam tekak. Hahaha.






   


24 Jun 2020

Kekuatan

Assalamualaikum.

   Dalam satu hari, aku mula mencari kekuatan dalam hidup aku. Aku cuba bangkit dari segala kesedihan yang aku alami selama ni. Hati yang hancur terhadap manusia yang berada disekeliling aku sendiri. Aku mula janji dengan diri aku untuk tidak cari lagi manusia bila aku bersedih. Dalam aku mencari kekuatan, aku rasa aku tak mampu nak teruskan cari kekuatan, aku tak mampu nak bangun seorang diri tanpa sesiapa.

   Setiap kali perasaan sedih dan rasa sakit dekat hati aku muncul, aku rasa nak meraung. Aku tak boleh nak bagitahu terlampau sakit tu macam mana. Setiap kali perasaan macam tu muncul, aku akan pandang notes yang aku dah tampal dekat pintu. Notes yang aku sendiri berjanji dengan diri sendiri.

   Aku rasa sakitnya bila mengadu dekat Allah. Mengadu apa yang terbuku dalam hati, sebab aku dah tak mampu untuk luah dekat manusia. Setiap kali solat, paling aku tak sabar berdoa dekat Tuhan lepas solat. Aku rasa dekat hati aku yang Dia dengar luahan hambaNya. Setiap kali solat aku berdoa benda yang sama. Semakin hari, hati aku rasa semakin ringan. Aku terasa beban semakin kurang. 

   Semoga aku sentiasa kuat. Aku yakin dengan apa yang perlu aku hadap sekarang akan muncul nya pelangi selepas kita tempuh sesuatu. Sering kali aku bertanya, "adakah ini usaha aku yang terakhir? Adakah aku akan putus asa?" Aku masih tidak tahu jawapan.

   Jujur dari hati, buka buku baru dalam hidup bukan mudah. Cukup untuk aku katakan sekarang aku rasa terseksa. Tak pernah aku rasa sesakit ini seumur hidup aku. Aku tergapai seorang diri mencari jawapan. "Tuhan, aku merayu. Sembuhkan hati aku seperti sediakala". In Shaa Allah, Allah itu Maha Pendengar. Dia akan tolong, tapi bukan sekarang. "Satu Hari Nanti. Sabar".

18 Jun 2020

Assalamualaikum.

Aku taktahu apa yang menghasut diri aku. Aku perasan, lately ni aku rasa perasaan aku gelisah, gundah dengan relationship aku. Aku rasa dia lain, aku rasa dia cuba untuk jauhkan diri. Aku semakin rasa nak tahu setiap apa yang dia buat. Aku rasa diri aku bukan Izzati yang dulu. Izzati yang sabar, tabah, yang redha, hati yang mudah lembut bila marah.

   "Ya Allah, andai ini jodoh kami, dekatkanlah, jika tidak jauhkanlah kami"

   Aku tak pernah sayang seseorang sampai tahap macam ni. Banyak kali aku tanya diri aku, "kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku rasa aku takboleh nak hidup kalau dia tak ada?" Lately ni juga aku perasan, aku macam banyak kongkong dia, jadi semua benda serba tak kena. Fikiran aku asyik menghasut, aku gelisah kalau dia buat benda bukan bukan. Faham tak apa aku rasa? Especially bab curang. Cukup aku takut. Aku jadikan dia sebagai peneman hidup aku. Yang ada waktu aku gembira dan sedih. Tapi itu dulu :') Aku dah tak mampu jadi macam dulu. Aku rasa hidup aku kosong sekarang. Aku rasa sunyi.

   Aku nak jadi Izzati yang dulu. Itu je yang aku mintak. Aku rasa tak kuat sekarang :') Aku rasa jatuh tersungkur. Aku tahu, aku ni bukan siapa siapa untuk manusia rasa takut hilang aku. Tapi, doakan aku supaya kuat macam dulu. Semakin sedikit aku cuba ubah diri aku. Aku harap satu hari nanti segala apa yang aku nak aku dapat :') Doakan aku.
Assalamualaikum.

Sedih yang takboleh aku nak ungkap. Pendam yang aku rasa sudah limit untuk aku simpan. Aku ni siapa bagi diorang semua? Sampai bila aku nak tadah muka aku untuk benda yang aku tak salah? Cukup untuk aku cakap, dunia yang sangat letih. Aku sangat letih. Aku minta pada Allah supaya bagi aku kepuasaan untuk rehat dari segala masalah yang datang pada diri aku :')

   Aku takboleh, aku dah tak mampu nak tahan air mata. Hati aku cukup sakit. Aku menjerit sepuas hati aku tanda aku dah tak mampu pendam apa yang manusia buat terhadap hati dan perasaan aku. Ya Allah, kuatkan aku. Sabarkan aku dalam menghadapi ujianMu :')

4 May 2020

Overthinking

Assalamualaikum.

   Aku tak tahu nak describe apa yang aku alami sekarang. Aku rasa depressed teruk 😞 Bila malam, aku menangis, menangis yang aku rasa aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Aku rasa overthinking, semua benda tak kena, aku syak macam macam, aku rasa hati aku sakit, aku rasa aku ditipu 😞 Ya Allah.

   Macam macam dalam fikiran aku sekarang. Nak buat something pun rasa tak bermaya, aku rasa tak gembira, ibarat macam "aku dah letih untuk hidup, aku letih puaskan hati manusia, aku putus asa". Ini kali kedua aku depressed, overthinking teruk macam ni 😞 

   "Ya Allah, bantu aku 😞 Dengarlah luahan hambaMu ini 😞 Aku dah tak nak jadi benda yang sama. Cukuplah aku seksa waktu umur aku 15 tahun 😞 Aku dah buat mama susah hati dengan keadaan aku 😞 Engkau sahaja faham apa aku rasa :')"

   For now, aku mungkin rasa aku perlukan seseorang yang ikhlas dengar luahan hati aku :') aku rasa aku terlalu push otak aku. Bantu aku :') Bantu aku keluar dari rasa overthinking 😞 Aku cukup seksa tahan benda ni :') 

29 Apr 2020

Pendam

Assalamualaikum.

   Pernah tak ada satu perasaan yang kau terpaksa putus asa dengan apa yang kau usaha selama ni? Kau rasa diri kau kurang penting bagi seseorang. 

   Pernah satu hari, aku betul betul rasa putus asa. Aku menangis hampir 3 hari non stop. Kau rasa? Boleh buta mata aku. Aku rasa diri aku macam orang tak waras pun ada. Aku menangis, lepastu aku tidur. Bangun dari tidur  aku menangis balik. Gila kan? Aku cuba tenangkan diri aku. Aku paksa diri aku bangun pergi solat. Demi Allah, time ambik air wudhuk, hati dah mula rasa reda sedikit demi sedikit. Orang tu tahu ke keadaan kau macam tu? Orang tu tahu ke kau sedih? Kau sakit hati? Kau rasa sendirian?

   "Tak" 🙂

   Aku cuma nak cakap, pendam sesuatu memang menyeksakan diri sendiri. Tapi, itu lah yang aku buat. Aku terpaksa. Aku tahu, even aku dah luah sekalipun, aku dah sampaikan soal perasaan aku, aku masih sedih. Jenis aku susah untuk meluah. Aku trauma untuk bercerita masalah aku, luahan aku. Walaupun seseorang paksa untuk bercerita, itu pun aku fikir 2-3 kali. Jadi, apa yang aku cuba nak sampaikan, "tak ada siapa yang faham diri kau, hidup kau, perasaan kau kecuali diri kau sendiri. 

   Aku doakan siapa yang hidup lebih kurang macam aku, satu hari nanti Allah turunkan kebahagiaan yang kau impikan selama ni. Amin.