BLOG INI CUMA TEMPAT LUAHAN HATI AKU

24 Jun 2020

Kekuatan

Assalamualaikum.

   Dalam satu hari, aku mula mencari kekuatan dalam hidup aku. Aku cuba bangkit dari segala kesedihan yang aku alami selama ni. Hati yang hancur terhadap manusia yang berada disekeliling aku sendiri. Aku mula janji dengan diri aku untuk tidak cari lagi manusia bila aku bersedih. Dalam aku mencari kekuatan, aku rasa aku tak mampu nak teruskan cari kekuatan, aku tak mampu nak bangun seorang diri tanpa sesiapa.

   Setiap kali perasaan sedih dan rasa sakit dekat hati aku muncul, aku rasa nak meraung. Aku tak boleh nak bagitahu terlampau sakit tu macam mana. Setiap kali perasaan macam tu muncul, aku akan pandang notes yang aku dah tampal dekat pintu. Notes yang aku sendiri berjanji dengan diri sendiri.

   Aku rasa sakitnya bila mengadu dekat Allah. Mengadu apa yang terbuku dalam hati, sebab aku dah tak mampu untuk luah dekat manusia. Setiap kali solat, paling aku tak sabar berdoa dekat Tuhan lepas solat. Aku rasa dekat hati aku yang Dia dengar luahan hambaNya. Setiap kali solat aku berdoa benda yang sama. Semakin hari, hati aku rasa semakin ringan. Aku terasa beban semakin kurang. 

   Semoga aku sentiasa kuat. Aku yakin dengan apa yang perlu aku hadap sekarang akan muncul nya pelangi selepas kita tempuh sesuatu. Sering kali aku bertanya, "adakah ini usaha aku yang terakhir? Adakah aku akan putus asa?" Aku masih tidak tahu jawapan.

   Jujur dari hati, buka buku baru dalam hidup bukan mudah. Cukup untuk aku katakan sekarang aku rasa terseksa. Tak pernah aku rasa sesakit ini seumur hidup aku. Aku tergapai seorang diri mencari jawapan. "Tuhan, aku merayu. Sembuhkan hati aku seperti sediakala". In Shaa Allah, Allah itu Maha Pendengar. Dia akan tolong, tapi bukan sekarang. "Satu Hari Nanti. Sabar".

No comments: